Wednesday, 12 May 2021

updated 1:18 PM UTC, May 11, 2021

Zakat: MAINS sasar RM200 juta kutipan bagi 2021

  • Published in Berita Semasa

SEREMBAN, 14 April- Sejumlah RM200 juta disasarkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi kutipan zakat pada tahun ini.

Menurut Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir, tahun lalu kira-kira RM143.56 juta zakat berjaya dikutip, termasuk RM139 juta adalah zakat harta, manakala selebihnya zakat fitrah.

Bagi mencapai sasaran itu, MAINS melakukan pelbagai promosi untuk menggalakkan orang ramai membayar zakat selain penyertaan daripada syarikat korporat.

Beliau dtemui pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Wakaf Negeri Sembilan 2021 di Seremban.

MAINS turut melancarkan kempen 'potongan gaji' bagi kakitangan awam dan swasta serta cabutan bertuah untuk menggalakkan orang ramai berwakaf.

Penyaluran agihan wakaf Negeri Sembilan terdiri daripada empat aspek merangkumi perubatan, pendidikan, keagamaan serta sosio ekonomi.