Logo

PKPD dilaksanakan di Kampung Serpan Laut dan Penjara Sri Aman mulai esok

KUALA LUMPUR, 7 April - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan berkuatkuasa mulai esok hingga 21 April di dua lokaliti di Sarawak.

Dua lokaliti tersebut ialah di Kampung Serpan Laut, Asajaya, Bahagian Samarahan dan Penjara Sri Aman serta kuarters kakitangannya.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya memaklumkan PKPD di Penjara Sri Aman dan Kuarters Kakitangan dilaksana selepas berlaku peningkatan kes mendadak di lokaliti tersebut.

Manakala PKPD di Kampung Serpan Laut, Asajaya bertujuan memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan bersasar seterusnya menghalang penularan dalam komuniti.

Dalam pada itu PKPD di Kampung Batu Gong, Siburan, Serian, Sarawak dilanjutkan sehingga 23 April.

Manakala PKPD di Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu di Kota Belud, Sabah serta Kampung Chupak, Siburan, Serian, Sarawak akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.