Logo

'Penyampaian malar segar, kandungan menarik serta informasi tepat dan sahih'

KUALA LUMPUR, 7 April - Penyampaian malar segar, kandungan menarik serta informasi tepat dan sahih.

Itu aspek paling penting dalam agenda Transformasi Radio 2021-2023.

Pengarah Bahagian Program Radio, Malinaziah Datu Mohd Julaspi berkata langkah proaktif itu perlu dilakukan bagi memastikan radio RTM menepati citarasa pendengar seiring perubahan zaman.

Tambah beliau, platform media sosial juga menjadi pendekatan baharu bagi mendekati setiap segmen pendengar.

Beliau ditemui selepas menjadi panel dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.