Logo

Vaksin COVID-19: Penelitian dan kajian rapi sentiasa dilakukan

SUNGAI PETANI, 7 April- Penasihat Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia, Datuk Seri Cheng Soo Chye menasihati orang ramai supaya tidak gusar dan takut untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan khabar angin berkaitan suntikan itu.

"Harapan saya kepada rakyat Malaysia, jangan takutkan vaksin COVID-19."

"Ianya selamat, jadi segera buat pendaftaran di aplikasi My Sejahtera."

Ujarnya lagi, kerajaan sentiasa melakukan penelitian dan kajian rapi berhubung vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini.



Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.