Vaksin COVID-19: Penelitian dan kajian rapi sentiasa dilakukan
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
SUNGAI PETANI, 7 April- Penasihat Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia, Datuk Seri Cheng Soo Chye menasihati orang ramai supaya tidak gusar dan takut untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan khabar angin berkaitan suntikan itu.
"Harapan saya kepada rakyat Malaysia, jangan takutkan vaksin COVID-19."
"Ianya selamat, jadi segera buat pendaftaran di aplikasi My Sejahtera."
Ujarnya lagi, kerajaan sentiasa melakukan penelitian dan kajian rapi berhubung vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini.