Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

Agong kurnia Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah kepada empat kenamaan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 6 April - Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Kebesaran Pangkat Pertama sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Turut berangkat pada istiadat di Istana Negara Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mendahului senarai penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama ialah Tun Dr. Abdul Rahman Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Turut menerima darjah yang sama, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Disusuli Toh Puan Ragad Kurdi Taib, isteri Yang-Pertua Negeri Sarawak dan Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Penganugerahan Darjah Kebesaran ini diberikan kepada tokoh-tokoh yang memberi sumbangan besar kepada kemajuan Wilayah persekutuan.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.