Wednesday, 21 April 2021

updated 7:07 AM UTC, Apr 21, 2021

Peniaga mengaku tidak bersalah cabul remaja, miliki video lucah

  • Published in Berita Semasa

KOTA BHARU, 6 April - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas dua pertuduhan mencabul seorang remaja dan memiliki video lucah, Mac lalu.

Tertuduh membuat pengakuan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri dan Kamarul Hasyime Rosli selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa Mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh Nik Mohamad Fazli Nik Mahmud, 30 tahun, telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang remaja wanita berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya di sebuah premis di Kampung Lundang Paku, Kota Bharu, pada 24 Mac lalu.

Tertuduh juga didakwa memilki video lucah dalam telefon bimbit miliknya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dan RM2,500 untuk kedua-dua pertuduhan.

Tarikh sebutan semula kes pada 10 dan 24 Mei.