Friday, 24 September 2021

updated 11:54 AM UTC, Sep 24, 2021

75 tahun RTM terus unggul meneraju industri penyiaran negara

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 31 Mac - RTM kekal menjadi peneraju industri penyiaran negara seiring kewujudannya selama 75 tahun.

Selaku stesen radio dan televisyen terunggul, RTM sentiasa komited memenuhi citarasa penonton sekali gus menjadi ikutan media lain.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Datuk Saidatu Akhma Hasan, RTM akan lebih fokus untuk menyiarkan program kegemaran ramai.

Beliau ditemui selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Menjelang ulang tahunnya ke-75, Logo Radio RTM yang baharu akan dilancarkan termasuk stesen-stesen radionya akan disegarkan kembali dengan pelbagai program baharu.