Tuesday, 21 March 2023

Operasi bazar Ramadan patuh SOP

  • Published in Semasa

ISKANDAR PUTERI, 26 Mac - Operasi bazar Ramadan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bulan depan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pemantauan rapi akan dibuat di 11 lokasi dengan 726 petak bazaar ramadan yang akan dibuka.

Datuk Bandar MBIP, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, SOP ketat membabitkan kedudukan gerai, waktu operasi, dan jumlah pengunjung.

Beliau berkata demikian selepas Program My Rakyat di Edible Park, Medini di Iskandar Puteri.

Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor dengan kerjasama Medini Iskandar Malaysia (MIM) ini merupakan pasar tani berkonsepkan eko yang kedua selepas di Putrajaya.