Logo

Katalog Perundangan Negeri Melaka, usaha ke arah perkhidmatan lebih efektif dan cekap

AYER KEROH, 20 Mac - Katalog Perundangan Negeri Melaka dilancarkan dalam usaha menambahbaik tadbir urus dan kawal selia peraturan bagi menjamin penyampaian perkhidmatan lebih efektif dan cekap.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, penerbitan kandungan berkenaan merupakan inisiatif bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dalam melaksanakan program Amalan Baik Peraturan (GRP) di negeri itu.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran katalog berkenaan di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Jelasnya, katalog yang mengambil masa lebih setahun untuk dihasilkan itu diharap dapat dijadikan rujukan semua pihak berkepentingan di masa akan datang.

Turut diadakan dalam majlis berkenaan, majlis bacaan ikrar 52 pegawai Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Melaka.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.