Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

KUALA LUMPUR : 44 orang ditahan sindiket judi

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 8 Mac - 44 orang ditahan dalam satu serbuan ke atas sindiket judi dalam talian yang dipercayai turut menjalankan kegiatan Macau Scam.

Dalam serbuan tersebut tujuh wanita dan selebihnya lelaki warga tempatan ditahan di kondominium mewah di Soho Suite, KLCC di Jalan Perak,Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohammad Zainal Abdullah, hasil siasatan awal mendapati mereka ini terlibat dalam penipuan pelaburan yang berasal dari negara China.

Turut difahamkan ini merupakan serbuan kali ke dua ditempat yang sama.

Sebanyak 86 unit komputer dan 249 telefon bimbit berjaya dirampas dalam serbuan kali ini .

Kesemua suspek yang ditahan dan barangan yang di rampas, dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut dibawah seksyen 420, dan juga dibawah seksyen 4 (1) (G) akta rumah judi terbuka.