Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Vaksin COVID-19: Sinovac memang terbukti selamat

  • Published in Berita Semasa

KUANTAN, 7 Mac- Bagi menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa orang kenamaan dan barisan hadapan hanya mengambil vaksin yang dikatakan terbaik iaitu BioNtech, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menawarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin Sinovac sama seperti yang diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

"Saya juga akan ambil suntikan vaksin Sinovac."

"Kita harus menjadi sukarela kerana kita yakin dan ingin meyakinkan rakyat bahawa vaksin tersebut adalah selamat untuk digunakan."

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu menasihatkan orang ramai agar memandang positif tentang program imunisasi yang dilakukan oleh kerajaan.

Beliau mengulas perkara itu dalam sidang media selepas Program Sumbangan Bakul Makanan secara pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan.

Seramai 108 orang terdiri daripada pemandu bas, teksi dan penjaja menerima sumbangan berkenaan.