Thursday, 15 April 2021

updated 7:14 AM UTC, Apr 15, 2021

COVID-19: 7,052 pekerja warga asing jalani ujian saringan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 7 Mac- 7,052 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 , dan daripada jumlah itu, 49 orang disahkan positif.

Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 582,347 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 30,467 majikan.

Daripada jumlah itu sebanyak 9,187 telah disahkan positif COVID-19 manakala 573,160 lagi adalah negatif.

Sehingga kini, sebanyak 1,508 buah klinik terlibat dalam program saringan ini.

Ujian saringan COVID-19 ini adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari lalu.