Melaka optimis sektor pelancongan negeri bakal pulih
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
MASJID TANAH, 6 Mac - Kerajaan negeri Melaka optimis sektor pelancongan negeri yang terjejas 70% akibat perintah kawalan pergerakan sebelum ini akan pulih semula dalam tempoh terdekat.
Ia susulan kebenaran rentas daerah bermula semalam.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali walaupun aktiviti pelancongan hanya dapat berlangsung dalam negeri, namun ia tetap membantu meningkatkan semula sektor berkenaan.
Kerajaan negeri juga berharap Kempen Malaccan Visit Melaka 3.0 yang digerakkan semula baru-baru ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.