Thursday, 15 April 2021

updated 7:14 AM UTC, Apr 15, 2021

KPDNHEP perkenal 'Penguatkuasaan Prihatin' pantau perniagaan bergerak semula selepas PKP

  • Published in Berita Semasa

HULU TERENGGANU, 5 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenal kaedah baharu 'Penguatkuasaan Prihatin' ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program kementerian itu bertujuan memantau dan melihat perniagaan bergerak semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

'Penguatkuasaan Prihatin' ujarnya merupakan penguatkuasaan secara berimbang iaitu gabungan penguatkuasaan berhemah dan legalistik terhadap peniaga dari kumpulan sasar tertentu yang lalai atau tidak patuh undang-undang.

Jelas beliau, jika sebelum ini penguatkuasa KPDNHEP lebih tegas ke atas peniaga yang melanggar undang-undang tetapi menerusi kaedah tersebut, pihaknya akan lebih berhemah seperti memberi nasihat.

Ini sesuai dengan keadaan semasa dengan ramai dalam kalangan peniaga yang baharu memulakan kembali operasi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pelancaran 'Penguatkuasaan Prihatin' di Pasar Pagi Kampung Bukit Diman, Ajil di sini hari ini.