Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

JOHOR: 12 individu ditahan penipuan Macau Scam

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 4 Mac - Kegiatan 12 individu termasuk seorang wanita yang menjalankan aktiviti penipuan dalam talian atau Macau Scam sejak setahun lalu berakhir selepas kesemua mereka diberkas polis pada 28 Februari lalu. 

Mereka ditangkap di Cheras, Kuala Lumpur susulan pembongkaran premis di Kota Tinggi, Johor pada 2 Februari.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditangkap berusia diantara 22 hingga 33 tahun kini direman 21 hari sehingga 21 Mac, mengikut Seksyen (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Hasil siasatan, mereka bertindak menyamar sebagai pegawai pos laju untuk memperdayakan mangsa.

Tangkapan juga membawa kepada rampasan 57 telefon bimbit, satu set komputer dan dua buah modem.

Beliau berkata kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.