Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

Mayat remaja lemas ketika mandi sungai ditemukan

  • Published in Berita Semasa

KUCHING, 4 Mac - Mayat seorang remaja perempuan yang lemas ketika mandi di sungai di Kampung Giam Lama, Puncak Borneo petang semalam, ditemui malam tadi.

Mayat Rachel anak Standy, 13 tahun ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.

Pusat Gerakan Operasi memaklumkan, mayat mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa tenggelam.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis dan operasi ditamatkan pada pukul 9:30 malam.

Dalam kejadian petang semalam sepasukan anggota dari masing-masing dari Balai Siburan dan PPDA Batu Lintang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada pukul 4:04 petang.

Bomba menggunakan kaedah pencarian di permukaan dan melakukan selaman dalam air sehingga mangsa berjaya ditemui.