Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

COVID-19: 11 kluster baharu dikenal pasti

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Sebanyak 11 kluster baharu dikenal pasti hari ini, melibatkan tujuh negeri iaitu Selangor, Johor, Kelantan, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media menjelaskan sembilan daripadanya berkaitan kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

Lima kluster di Selangor, melibatkan Jalan Perubatan, Tapak Bina Jalan MP, Balakong Satu, Jalan Utarid dan Jalan Anak Gasing.

Manakala masing-masing satu kluster baharu di Johor, Kelantan, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka adalah Jalan DBP Lima, Jalan Bachok, Jalan PKNK 1/6, Sri Jelutung, Jalan Sikamat Lama dan Kampung Gedang.

Selain itu, terdapat pertambahan 358 kes baharu di tiga kluster sedia ada.

Ia membabitkan Kluster Batu Empat; 198 kes, Kluster Jalan Pelabuhan; 128 kes dan Kluster Jalan DBP Lima; 32 kes.

Sehingga kini, 676 kluster telah tamat manakala jumlah kluster yang aktif sebanyak 487.