Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

TERKINI: Jambatan dalam pembinaan runtuh, lima individu terperangkap

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 3 Mac- 
Lima individu terperangkap selepas kenderaan dinaiki ditimpa runtuhan jambatan dalam pembinaan.

Mangsa merupakan pemandu dan penumpang sebuah van pekerja.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan itu berlaku 5.58 petang.

23 anggota dari balai Sungai Besi, Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras digerakkan ke lokasi.

Sebaik tiba, mereka mendapati van terbabit terperangkap di sebalik runtuhan jambatan terbabit.

Usaha menyelamat dijalankan bagi mengeluarkan mangsa.