Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

SPM 2020: Pelajar aliran agama turut mulakan peperiksaan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 22 Februari - Pelajar aliran agama di sekolah menengah agama (SMA) memulakan hari pertama peperiksaan dengan subjek bahasa melayu, kertas satu dan dua.

Tinjauan di SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendapati, 93 pelajar serta tiga calon persendirian bersemangat memulakan peperiksaan walaupun perlu patuh dengan SOP ketat.

Ada yang datang dari asrama dan juga dari rumah, mereka wajib membawa perakuan kesihatan serta memakai pelitup separuh muka.

10 guru pengawas peperiksaan memastikan penjarakan serta keperluan SOP dipatuhi dengan baik.

Menurut pengetuanya, Nurul Amali Mohd Shamsudin, pelajar hanya sempat untuk belajar secara bersemuka sekitar enam bulan sahaja.

Selebihnya, pelajar dibantu dengan mengadakan kelas pada hujung minggu ketika berada di asrama supaya mereka dapat melakukan sesi soal jawab bersama guru.

Pelajar aliran agama akan menduduki peperiksaan untuk 11 mata pelajaran.