Pasport Vaksin: Dokumen pengesahan penerima vaksin COVID-19
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
SEPANG, 21 Feb - Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ketika ini dua kaedah dicadangkan masing-masing dipaparkan di aplikasi mysejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain.
Mengulas mengenai bekalan vaksin COVID-19, beliau memaklumkan, program pemantauan selepas penerimaannya bakal dilakukan bersama syarikat pengeluar.
Keperluan bagi memastikan proses pengedarannya berjalan lancar, selain menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin berkenaan kekal terpelihara.