Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Program Imunisasi COVID-19 kebangsaan diawalkan Rabu ini berbanding jadual asal pada 26 Februari 2021

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 21 Feb - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadual pada Jumaat, DIAWALKAN ke Rabu ini.

Keputusan itu, diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan dan bukan kesihatan, bakal menerima suntikan pada Rabu ini.

Khairy Jamaluddin turut mengakui, kecekapan dan kesediaan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) serta Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan penghantaran dan penerimaan vaksin berjalan lancar, membolehkan program imunisasi itu dimulakan lebih awal.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan secara tiga fasa mulai bulan ini, dengan menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.