Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

PKPD di taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah tamat esok

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di taman-taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, ditamatkan hari ini iaitu lebih awal dari yang dijadualkan.

Penamatan PKPD di lokaliti berkenaan diputuskan selepas penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan bahawa sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 886 saringan dan daripada angka itu, sebanyak 36 kes positif COVID-19 direkodkan.

KKM turut mengesahkan jangkitan di lokaliti itu, adalah terkawal dengan kes positif terakhir direkodkan pada 4 Februari lepas, dan tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan PKPD di taman-taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang bermula 9 Februari lepas, dan dijadualkan tamat pada 22 Februari.