Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Perak: Ops Payung dan SJR dilaksanakan serentak

  • Published in Berita Semasa

IPOH, 22 Januari - Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh turut melaksanakan Ops Payung selain Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, A. Asmadi Abdul Aziz memberitahu media, pendekatan tersebut bertujuan memastikan orang awam terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Selain itu, tumpuan operasi turut diberikan di sekitar pasar awam.

Seramai 188 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang PKP dibantu Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Rela. Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan SJR di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.