Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

Inisiatif sekolah guna kaedah pandu lalu

  • Published in Berita Semasa

JEMPOL, 22 Januari - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Serting, Jempol menggunakan kaedah pandu lalu untuk menyerahkan modul Pembelajaran Dan Pengajaran dari Rumah (PDPR) kepada pelajar.

Ia merupakan antara inisiatif dilaksana pihak sekolah dalam usaha memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengetua sekolah itu, Faridah Sulan, usaha itu mendapat sambutan sepenuhnya daripada pelajar dan ibu bapa yang hadir untuk mengambil modul yang disediakan guru meliputi semua subjek sehingga 7 Mac depan.

Beliau tidak mahu ada di antara pelajar yang ketinggalan berikutan faktor ketidak mampuan mengakses jalur lebar dan kekangan berada di kawasan luar bandar.

Seramai 554 pelajar sekolah berkenaan terdiri daripada tingkatan 1 hingga 5 disediakan modul PDPR. PDPR dilaksana pada hari persekolahan menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram.