Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

PKP Kedah: Urusan nikah, cerai dan rujuk ditangguhkan

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 22 Januari - Perkhidmatan nikah, cerai dan rujuk di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan semua majlis akad nikah seluruh Kedah ditangguhkan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 4 Februari depan.

Penangguhan bermula hari ini sehingga tamat PKP.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Mohd Yusri Md Daud berkata, selain itu pelaksanaan kursus pra-perkahwinan Islam MBKPI seluruh negeri juga ditangguhkan sepanjang tempoh PKP.

Turut ditangguhkan, perkhidmatan runding cara secara bersemuka di pejabat agama Islam seluruh daerah.

Beliau menjelaskan sebarang pertanyaan berkaitan urusan runding cara boleh dihantar melalui emel.

Sebarang perubahan atau pindaan berkaitan arahan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.