Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

Bekalan barangan keperluan Perlis mencukupi

  • Published in Berita Semasa

KANGAR, 22 Januari - Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Perlis bermula hari ini hingga 4 Februari 2021, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perlis mendapati, 11 jenis barangan keperluan asas di negeri ini adalah mencukupi dan bekalan adalah stabil di pasaran.

Pengarahnya, Norazah Jaapar berkata, 11 barang keperluan asas yang dipantau keberadaan bekalannya adalah gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, sayur-sayuran, ayam, telur ayam, bawang dan pelitup muka. 

Sehingga semalam kesemua stok barangan keperluan yang disebutkan mencukupi, malah pihaknya melihat tiada pembelian panik dikesan di negeri ini.

Bermula sejak 1 Januari hingga 20 Januari lalu, sebanyak 772 pemeriksaan telah dijalankan dan kementerian akan terus memantau bekalan serta harga barangan di pasaran melalui tindakan penguatkuasaan yang berterusan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 khususnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).