Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Ingkar PKP: Nilai kompaun akan dinaikkan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 21 Januari- Kerajaan telah meminta Pejabat Peguam Negara untuk menggubal ordinan darurat bagi menambah nilai kompaun dan tempoh penjara, bagi kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ordinan itu akan berkuatkuasa secepat mungkin, sebaik sahaja ia diluluskan.

"Denda terhadap individu boleh ditambah kepada denda maksima."

"Kita boleh menggubal ordinan ini untuk memastikan rakyat patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP)."

Jelas beliau, antara faktor utama orang ramai gagal mematuhi SOP, adalah kerana kompaun berjumlah RM1,000 dianggap ringan, terutamanya oleh pemilik premis.