Sunday, 7 March 2021

updated 2:55 AM UTC, Mar 7, 2021

Peduli pandangan rakyat, Wilayah Persekutuan tingkat operasi sanitasi awam

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 17 Januari - Operasi sanitasi awam akan ditingkatkan di Wilayah Persekutuan berikutan kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, langkah itu diambil selepas mengambil kira pandangan rakyat berhubung keperluan sanitasi di wilayah itu bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Setakat semalam, 48 sanitasi dilakukan meliputi Sekolah KAFA di Bukit Bintang, Cheras, Segambut, Wangsa Maju dan Titiwangsa.

Beliau berkata demikian semasa berkongsi perkembangan semasa COVID-19 Wilayah Persekutuan melalui laman Facebook Kementeriannya.

Tambahnya, orang ramai dinasihati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya di tempat awam seperti pasar dan taman awam.