Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Banjir termenung di Johor halang penduduk kembali ke kediaman

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 17 Januari - Banjir di Johor tidak berubah sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi dengan jumlah penduduk terjejas banjir kekal 93 orang melibatkan 23 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), masing-masing di Segamat dan Batu Pahat.

Keadaan itu berikutan terdapat banjir termenung di dua kawasan di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata 76 individu daripada 20 keluarga melibatkan penduduk Kampung Seberang Batu Badak, Segamat berada di PPS Sekolah Agama Gemereh.

Di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Bunut, Parit Raja, Batu Pahat pula menempatkan 17 orang daripada tiga keluarga yang merupakan penduduk Kampung Talang Bunut, Parit Raja.