Logo

Banjir Pahang semakin pulih, jumlah penduduk terjejas di PPS catat penurunan

KUANTAN, 17 Januari - Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang terus mencatatkan penurunan kepada 3,922 individu melibatkan 1,096 keluarga terjejas di tiga daerah terlibat.

Angka itu berkurangan berbanding seramai 4,010 penduduk terjejas daripada 1,127 keluarga setakat pukul 11.00 pagi tadi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan kesemua mereka yang terjejas kini masih ditempatkan di 45 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah Pekan masih merekodkan jumlah penduduk terjejas paling ramai dipindahkan dengan 2,588 orang daripada 743 keluarga di 25 PPS.

Diikuti daerah Kuantan dengan 777 orang daripada 174 keluarga di tujuh PPS dan Maran 557 orang daripada 179 keluarga di 12 PPS.

Sementara itu, terbaharu, seramai 54 penduduk terjejas di daerah Bera dan dua di daerah Temerloh telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir di kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.