Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Cuaca baik, lebih ramai mangsa banjir dibenarkan pulang

  • Published in Berita Semasa

KUCHING, 17 Januari - Susulan cuaca bertambah baik di Sarawak menyaksikan lebih ramai penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, 1,208 penduduk daripada 342 keluarga masih ditempatkan di 12 PPS.

Di Kuching, hanya PPS Dewan Masyarakat Haji Kamaruddin Segedup masih dibuka untuk 113 penduduk daripada 24 keluarga.

Di Serian, 1,088 penduduk daripada 317 penduduk masih mendiami 10 PPS manakala di Miri, tujuh sekeluarga masih tinggal di Balai Raya Kampung Batu Satu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membantu penduduk terjejas.