Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Penduduk terjejas banjir di Sabah kembali meningkat

  • Published in Berita Semasa

KOTA KINABALU, 17 Januari - Angka penduduk terjejas banjir di Sabah yang dipindahkan kembali meningkat pagi tadi.

Daerah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran dan Papar menjadi daerah terbaharu dilanda banjir selain Pitas, Beaufort dan Paitan yang dilanda banjir sebelum ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan setakat pukul 8.00 pagi, angka penduduk terjejas banjir meningkat kepada 176 orang berbanding 122 individu malam tadi yang dipindahkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri.

Di lima daerah terbaharu dilanda banjir itu, 39 penduduk terjejas banjir dipindahkan di Kota Kinabalu, Penampang (11) dan Putatan (4) manakala tiada penduduk terjejas dipindahkan di Tuaran dan Papar.

Hujan lebat di beberapa kawasan menyebabkan paras air mula meningkat di daerah terbabit walaupun tiada penduduk terjejas banjir dipindahkan, air banjir didapati sedalam 3.03 meter di Tuaran dan 4.89 meter di Papar pada tahap berjaga-jaga dan waspada.