Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Tular berita pembinaan dewan masyarakat bernilai RM35 juta, peruntukan adalah untuk pembinaan tiga buah dewan orang ramai

  • Published in Berita Semasa

PAGOH, 17 Jan - Susulan isu surat tular di media sosial mengenai projek dewan di Parlimen Pagoh bernilai RM35 juta.

Pejabat Perdana Menteri tampil memberikan penjelasan dan memaklumkan peruntukan pembangunan tersebut diberikan untuk pembinaan tiga dewan orang ramai iaitu Dewan Gersik, Tangkak bernilai RM13 juta, Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar RM16.66 juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar bernilai RM5.77 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, peruntukan pembangunan tersebut bukan untuk pembinaan sebuah dewan sepertimana yang digembar gemburkan sesetengah pihak.

Dalam masa sama Kenyataan itu juga menyebut, perolehan bagi ketiga-tiga projek pembinaan dewan berkenaan bukan secara rundingan terus, tetapi mengikut tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.