Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Pemergian Tun Dr Mohamed Salleh Abas: PM turut ucap takziah

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR, 16 Januari- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Dr Mohamed Salleh Abas.

Beliau menyampaikan ucapan berkenaan melalui dalam hantaran di laman Facebook miliknya.

Perdana Menteri berasa sedih atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah menghadapi detik yang mendukacitakan itu.