Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Dr Mohamed Salleh Abas

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 16 Januari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah.

Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara, serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara.