Logo

Operasi dobi layan diri, kedai cermin mata perlu patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 16 Januari - Pengusaha kedai cermin mata dan dobi layan diri yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika beroperasi dalam tempoh PKP boleh dikenakan amaran, kompaun serta penutupan premis perniagaan.

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sekiranya pematuhan SOP gagal mencapai tahap memuaskan, kementerian akan mengambil tindakan drastik termasuk mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menutup kembali operasi industri tersebut sewaktu tempoh PKP.

Kenyataan ini turut memaklumkan, kerjasama semua pihak penting dalam mengimbangi keperluan antara kelangsungan ekonomi negara dan mengawal jangkitan COVID-19.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan membenarkan semula operasi kedai dobi layan diri dan kedai cermin mata kerana mengambil kira keperluan rakyat yang memerlukan perkhidmatan ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.