Sunday, 7 March 2021

updated 2:52 AM UTC, Mar 7, 2021

Banjir Pahang: Lebih 5,000 penduduk masih di PPS

  • Published in Berita Semasa

KUANTAN, 16 Januari - Jumlah penduduk terlibat bencana alam berkurangan kepada 5,251 orang daripada 1,446 buah keluarga.

Mereka merupakan penduduk lima daerah dan ditempatkan di 68 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 12.00 tengah hari tadi daerah Pekan merekodkan jumlah penduduk terjejas paling ramai.

2,877 orang daripada 816 keluarga ditempatkan di 32 PPS.

Ia diikuti Maran dengan 1,262 orang, Kuantan (837) Bera (246) dan Temerloh (31).