Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin positif COVID-19

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 13 Jan - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, disahkan positif COVID-19.

Beliau mengetahui perkara berkenaan selepas menerima keputusan ujian saringan awal pagi tadi.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan, Datuk Zahidi menjalani saringan di Kuala Lumpur pada 11 Januari sejurus tiba dari Pulau Pinang.

Beliau dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut.

Terdahulu, Datuk Zahidi menjalani saringan COVID-19 pada 25 Disember lalu dan keputusannya adalah negatif.