Logo

Perkhidmatan Rel dan Bas Rapid beroperasi seperti biasa 6 pagi hingga 12 tengah malam

KUALA LUMPUR, 13 Jan - Perkhidmatan rel dan bas henti-henti kendalian Prasarana Malaysia Berhad, akan beroperasi seperti biasa bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Perkhidmatan bas, melibatkan Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor; Rapid Penang di Pulau Pinang dan Seberang Prai; Rapid Kamunting di Taiping, Perak; serta Rapid Kuantan di Pahang.

Perkhidmatan LRT, MRT dan monorel juga, akan beroperasi seperti jadual sedia ada dengan masa menunggu antara 2.8 dan tujuh minit bergantung kepada waktu puncak.

Prasarana menggalakkan pengguna Rapid KL menggunakan aplikasi PULSE untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan rel dan bas, yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.