Banjir Johor: Penduduk terjejas semakin berkurang
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
JOHOR BAHRU, 13 Januari- Sehingga 4.00 petang tadi, seramai 2,999 penduduk terjejas direkodkan berbanding 3,312 orang, 12.00 tengahari tadi.
Manakala 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) aktif sehingga kini, di lima daerah.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, daerah Kota Tinggi merekodkan 2,161 orang melibatkan 574 keluarga di 22 PPS.
Di Johor Bahru, 624 penduduk terjejas, Kluang, 121 dan Segamat 76.
Pontian pula merekodkan 17 penduduk terjejas banjir.