Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Pengguna perkhidmatan LRT dinasihat patuh SOP

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 13 Januari - Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di semua stesen dinasihatkan mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd. Abdul Hadi Amran memaklumkan, kakitangan mereka akan membuat pemantauan di setiap stesen dan tren untuk memastikan tidak ada pengguna yang melanggar peraturan berkenaan.

Menurut beliau, semua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad Prasarana beroperasi seperti biasa bermula jam 6.00 pagi hingga tengah malam sepanjang tempoh PKP.

Pengguna Rapid KL digalakkan menggunakan aplikasi kesihatan 'Pulse' untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan rel dan bas.

Ia boleh dimuat turun di Google Bay dan Apple Store.