Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Elak spekulasi, tunggu pengumuman PM esok

  • Published in Berita Semasa

KOTA BHARU, 10 Januari- 'Tunggu pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri esok'.

Demikian tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sekali lagi, beliau mengingatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak panik.

Mereka yang menyebar khabar angin di media sosial kononnya  kerajaan akan kembali mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara diberi amaran agar berhenti berbuat demikian.

"Tidak perlu ada pembelian panik, jangan terpengaruh dengan khabar angin di media sosial."

"Kononnya malam tadi pihak polis mengadakan satu sekatan jalan raya tidak membenarkan orang keluar rumah, namun ianya tidak benar."

Beliau menegaskan demikian di Pengkalan Chepa, Kelantan.