Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

RM1 juta untuk naik tarak galeri Geopark Jerai dan Muzium Perhutanan Kedah

  • Published in Berita Semasa

JERAI, 28 Disember - RM1 juta diperuntukkan bagi menaiktaraf Galeri Geopark Jerai dan Muzium Perhutanan Kedah di Gunung Jerai oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan lagi kualiti pembangunan Geopark Jerai, Kedah sekali gus memberi manfaat kepada komuniti tempatan.

Menterinya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, matlamat utama memulihara tapak warisan adalah untuk mengekalkan sumber geologi, biodiversiti, arkeologi, sejarah dan budaya.

Tapak tersebut merupakan sumber asli yang perlu diurus dengan baik demi kepentingan generasi akan datang.

Pada masa ini, beberapa lokasi geopelancongan di Malaysia telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan seperti di Jerai, Kedah dan Lembah Kinta, Perak. 

Lokasi lain yang bakal diiktiraf ialah Mersing di Johor, Kinabalu di Sabah, Labuan dan Delta Sarawak di Sarawak dan Lenggong di Perak.