Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Rentas daerah, negeri kini dibenarkan kecuali kawasan PKPD

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 5 Disember- 
Bermula Isnin ini, pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, polis tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sebagainya."

"Persetujuan telah diadakan, rentas daerah dan negeri kini dibenarkan diseluruh negara kecuali di kawasan PKPD."

"Kita benarkan untuk merentas daerah tanpa kebenaran oleh pihak polis, jadi mulai 7 Disember 2020, sekatan jalan raya tidak akan diadakan tetapi arahan kepada pihak polis adalah untuk fokus kepada pematuhan SOP."

Kerajaan juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing, mulai Isnin ini.