Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Projek MYFood@Wilayah: Fokus penduduk yang memerlukan

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 5 Disember- 
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa pula berpandangan, kemelut politik yang berlaku di Perak perlu ditangani dan diurus dengan baik bagi mengelak ketidaksabilan dan perpecahan politik.

Ujarnya, ia merupakan isu tempatan yang hanya tertumpu di negeri Perak sahaja dan tidak melibatkan situasi politik di peringkat Persekutuan.

Walau bagaimanapun, segala isu yang timbul dan berbangkit perlu diselesaikan secara bersama dalam semangat keluarga Perikatan Nasional.

Mengulas mengenai ketetapan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang memutuskan tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu, beliau berpandangan ia hanya kenyataan awal parti tersebut.

Apa yang penting katanya, pemimpin-pemimpin parti terlibat perlu duduk bersama dan mencapai kata sepakat bagi meredakan ketegangan politik yang berlaku di negeri itu.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian selepas menyampaikan bantuan bakul makanan MyFood@Wilayah di ibu negara.