Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Banjir di Kelantan makin pulih

  • Published in Berita Semasa


PASIR PUTEH, 5 Disember- 
Di Kelantan, sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup hari ini menjadikan hanya empat PPS Yang masih beroperasi dengan melibatkan 145 orang.

Dua PPS di Kota Bharu ditutup selepas banjir pulih sepenuhnya ekoran cuaca panas sepanjang hari semalam.

Di Pasir Puteh, hanya tinggal dua PPS Yang masih beroperasi setakat ini iaitu SK Kamil (3) yang menempatkan 20 penduduk dan SK Wakaf Raja, 31 penduduk. 

Sk Kamil (3) menempatkan penduduk terjejas dari Dewan Kompleks Kamil yang ditutup ekoran ketiadaan bekalan air menyebabkan orang ramai sukar melakukan urusan harian.

Sementara di Pasir Mas, kekal dengan 94 penduduk di dua PPS.