Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

MB Perak sedia lepaskan jawatan

  • Published in Berita Semasa


IPOH, 5 Disember- 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak selepas Sultan Perak perkenan salah seorang ADUN untuk dilantik mengisi jawatan tersebut.

Jelas beliau, ketika ini kerajaan masih berjalan seperti biasa.

"Seperti biasa, sehingga seorang daripada ADUN dapat membuktikan beliau mempunyai mandat majoriti dalam dewan dan apabila Sultan Perak yakin memperkenankan mandat yang seseorang itu telah terima tentunya, saya akan melepaskan jawatan dan membenarkan transisi berjalan lancar."

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan replika cek berjumlah RM100,000 kepada sembilan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SUWA) di Ipoh. 

Ditanya mengenai kedudukan dua Exco dari Bersatu dalam pentadbiran Kerajaan Perak ketika ini, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan selepas pembentukan kerajaan baharu.

Ia dilihat perlu dibuat berdasarkan kepada kehendak parti seiring dengan keperluan rakyat.