Logo

Johor Bahru catat kes penceraian paling tinggi di Johor

ISKANDAR PUTERI, 5 Disember - 2,625 kes penceraian direkodkan di Johor bermula Mac hingga Oktober lalu.

Johor Bahru mencatatkan jumlah penceraian paling tinggi iaitu 984 kes sepanjang tempoh berkenaan.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Tosrin Jarvanthi berkata, sepanjang tempoh sama sebanyak 1,768 laporan masalah rumah tangga diterima Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ).

Sejak berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan, segala urusan melibatkan syariah dijalankan secara dalam talian.

Bagaimanapun bagi kes penceraian, setiap pasangan yang mempunyai masalah akan dipanggil Bahagian Pembangunan Keluarga serta pejabat Kadi Daerah untuk tujuan kaunseling.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.