Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

APEC 2020: Buka peluang ekonomi kepada negara anggota

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 21 November- 
Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 merupakan satu kejayaan besar, terutama bagi Malaysia sebagai negara tuan rumah.

Mengakui pencapaian tahun ini amat membanggakan, serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada negara-negara anggota, bekas Pengarah Eksekutif APEC, Datuk Muhammad Noor Yacob yakin, segenap lapisan masyarakat bakal menerima manfaat menerusi aktiviti pelaburan dan perdagangan.

"Salah satu persetujuan APEC adalah untuk terus memupuk perdagangan dan pelaburan."

"Jadi kalau kita boleh terus memupuk ekonomi dan perdagangan, kalau kita boleh eksport, kalau boleh menarik pelaburan asing ke negara kita, ekonomi negara kita akan pulih."

"Satu lagi adalah kerjasama yang dipersetujui oleh APEC iaitu akan bekerjasama dalam membanteras pandemik COVID-19, baik dari segi bekalan vaksin dan keperluan bahan utama lain." 

Jelasnya, aspek pelaksanaan konsensus yang diputuskan juga perlu menjadi keutamaan negara-negara anggota APEC bagi memastikannya kekal relevan dalam menghadapi cabaran mendatang.

Antara yang perlu diberi perhatian termasuk pelaksanaan Visi Putrajaya APEC 2040 demi kemakmuran bersama negara anggota di masa hadapan.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia.